SEJARAH UBAT GIGI DR. RODZI
Ubat gigi formula Dr. Rodzi telah dicipta oleh Dr. Rodzi bin Ramli, seorang doktor pergigian, dalam tahun 1995. Kira-kira 2 tahun lepas, Dr.Rodzi telah meningkatkan formulanya dan terciptalah Ciqlo Dr.Rodzi Advance Formula.
Beliau merupakan orang pertama mencipta ubat gigi gamat dan menerima anugerah TOKOH INOVASI SAINS 1995. Seterusnya beliau menerima satu lagi anugerah iaitu ANUGERAH GEMILANG 2005.
Dr. Rodzi mengambil masa 30 bulan untuk mengkaji 3,000 pesakitnya berkaitan masaalah gigi, gusi dan rongga mulut dan beliau telah menghasilkan satu formula yang unik bagi mengatasi masaalah-masaalah tersebut.
Ubat gigi Ciqlo Dr.Rodzi Advance Formula ini berbeza dengan ubat-ubat gigi lain dalam pasaran sebab ia TIDAK mengguna gelatin dalam adunannya. Ini membuatnya suci dan halal. Kedua, ia tidak menggunakan bahan kimia. Ketiga, ia menggunakan pati gamat yang tulin. Formula ini diadun dengan herba-herba yang mengandungi EUGENOL yang boleh mempelbagaikan kegunaannya.
SIAPAKAH Dr.RODZI?
Dr. RODZI BIN RAMLI adalah seorang Doktor Pergigian, berkelulusan DDS (1979) dan Drs. Med. Dent., 1997.Pernah bertugas di Hospital Besar Kangar sehingga tahun 1982 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Beseri menjadi PYM (Pegawai Yang Menjaga) untuk kawasan Perlis Utara mencakupi Pusat Kesihatan Beseri, Pusat Kesihatan Kaki Bukit, Pusat Kesihatan Padang Besar dan seluruh Pusat Kesihatan Sekolah-Sekolah.
Pernah berkhidmat sebagai pegawai yang bertanggungjawab ke atas kesihatan pergigian sekolah-sekolah di seluruh negeri Perlis. Beliau pernah menjadi salah seorang ahli panel untuk pertandingan Kesihatan Gigi seluruh Sumatera Indonesia pada tahun 1977.
Atas inisiatif dan daya usaha, beliau telah mencipta ubat gigi yang diperbuat dari gamat. Beliau ialah pencipta ubat gigi gamat yang dinamakan Ubat Gigi Formula Dr. RODZI. Atas kreativiti dan inovatif tersebut, Kementerian Sains dan Teknologi telah menganugerahkan Tokoh Inovasi Sains peringkat negeri Perlis pada tahun 1995 dan ANUGERAH GEMILANG 2005.
"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kepercayaan serta keyakinan di atas produk-produk keluaran syarikat kami. Saya sebagai Pegawai R&D ingin memaklumkan kepada anda bahawa keseluruhan produk kami adalah formula yang dicipta dan diproses sendiri. Teras penciptaannya ialah Bahan Herba yang telah diturunkan maklumatnya secara tradisi. Saya memodenkan tradisi tersebut dalam bentuk lebih saintifik berjenama Formula Dr. RODZI. Konsep produk kami adalah Kosmetik Terapiutik”.
Dr.Rodzi Ramli
No comments:
Post a Comment